Tuesday, 22 August 2017

Jom Sihat !!

TIP SIHAT SEPANJANG HAYAT !!

Mesti ramai yang sudah tahu bagaimana mahu sihat sepanjang hayat bukan ?? Tapi tips dan perkongsian kali ini berkaitan sihat menggunakan sukan muay thai .. Eh muay thai yang tumbuk tendang orang tu kan ?? Belasah masuk ring semua tu kan ???! Mesti ramai yang beranggapan sukan muay thai adalah sukan lasak dan ganas ..

Tetapi ramai yang tidak tahu manfaat daripada sukan muay thai ini banyak kelebihannya .. Mari saya kongsikan kepada anda :)

Secara amnya muay thai berasal dari Thailand .. Muay Thai atau tinju Thai adalah sukan tempur Thailand yang menggunakan berdiri tegak bersama-sama dengan pelbagai teknik clinching.. Disiplin fizikal dan mental yang merangkumi pertempuran pada tulang kering dikenali sebagai "seni lapan anggota badan" kerana ia dicirikan oleh penggunaan gabungan tinju, siku, lutut, tulang belakang, dikaitkan dengan persiapan fizikal yang baik yang membuat hubungan penuh yang sangat cekap.. Muay Thai menjadi meluas di peringkat antarabangsa pada abad kedua puluh.. Liga profesional ditadbir oleh Persatuan Tinju Profesional Thailand (P.A.T) yang disahkan oleh Pihak Berkuasa Sukan Thailand (S.A.T.), dan World Muaythai Federation (WMF) di luar negara.

Ia serupa dengan gaya-gaya yang berkaitan di bahagian-bahagian lain budaya India, iaitu Lethwei dari Myanmar, Pradal Serey dari Kemboja, Muay Lao dari Laos, Tomoi dari Malaysia dan Musti-yuddha dari India.

Baiklah .. Manfaat yang boleh kita ambil daripada sukan muay thai ini adalah :
  • Meningkatkan tahap keyakinan dan stamina diri
  • Mampu mengenal pasti kelemahan diri 
  • Dapat membawa diri ke tahap yang lebih bagus (push limit of yourself)
  • Menguruskan badan (yang ini paling perempuan suka kan !!)
  • Dapat melepaskan tekanan dengan cara yang betul
  • Dan yang paling penting bersedia menghadapi ancaman musuh yang boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja




Berita baik untuk warga Shah Alam dan sekitar dengannya !! Mahu jadi kuat ?? Kurus dan sihat ?? Jadi tunggu apa lagi ?? Mari dapatkan Personal Trainer anda bersama Coach Ikram !!


Sebarang pertanyaan sila hubungi :

+60176039997 (Coach Ikram)




sumber gambar : https://tanko.co.uk/blog/

No comments:

Post a Comment